Tuesday, March 13, 2012

Kerapu Sambal Tomato


Salam pagi yg mulai cerah.....
beberapa pagi mentari seakan sembunyi dibalik awal 

lama betul ikan masak sambal tomato terperap di dlm folder
hehehe menanti utk di tayangkan di sini hehehe


Resipi asal menggunakan ikan keli ... tapi sebab tuan yg memasak yg tak makan ikan keli nie ditukar lah kepada ikan kerapu.... tapi kalau menggunakan ikan yg lain pun rasa nyer mmg sedap. Suka makan bersama nasi kering ngan sambal tomato yg sedikit manis2 masam...




Resipi dari dapur Mas .. Tq very much :P


Keli Sambal Tomato
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
  • 3 ekor ikan keli - bersihkan dengan asam jawa @ air limau - gunakan ikan kerapu 
  • 5 biji cili merah - dikisar
  • 4 biji cili padi merah - ikut pedas yerk - dikisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 biji tomato - dikisar
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili thai - sos maggi thai 
  • garam dan gula  secukup rasa 
  • sedikit pati ikan bilis



Cara memasak :
  1. Keli dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5  minit dan cuci kembali dan toskan.  Lumurkan ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing, angkat dan toskan, ketepikan.
  2. Tuang minyak secukupnya dan tumis bawang besar yang dihiris tadi hingga wangi dan masukkan bahan - bahan kisar dan masak hingga wangi , masukkan sos tiram dan sos cili thai, kacau rata, jika sambal agak pekat masukkan sedikit air, kacau rata.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa, letakkan juga sedikit kiub ikan bilis, seimbangkan rasa. Masak hingga sambal garing.
  4. Kemudian masukkan ikan keli yang digoreng garing dan kacau rata.
  5. Angkat dan boleh dihidangkan.


17 comments:

Gee® said...

Sedapnya ikan masak tomato... gerenti bertambah2 makan nasi ni...

ijayuji said...

salam mama! nanti nak lunch kat sini eak, kita malas betulllll nak masak lunch tp sebab budak2 ada TERpaksa masak ehehe...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Gee... semenjak 2 menjak nie suka msk lauk kering2 begini bila mkn tak hingat nasi bertambah hehehe

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wslm Ika!!
hehehe lauk nie dh lama daa jadi baja!!!
Alah anak semua kat rumah tak suka kena lah msk!! tak mau malas2 hehehe

Mas said...

salam mama....
ala tak kisah guna ikan apa..
janji memenuhi citarasa kita kan...
mengeliurkan betoi nengok kerapu tu mama....
maceh yerk sudi mencuba...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam mama...terliurnya tengok ikan tu...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wslm Mas..

aah lah mmg sedap gunakan
ikan jenis apa2 pun..
Tq sekali lagi Mas for sharing
resipi :P

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wslm Puan Ros...

hehehe sedap tak brapa pedas blh
dihidangkan utk anak2 jgk :P

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

Ikan keli fevret fifi. yummy sis!

Qasey Honey said...

cedapppnya tgk menu tu...myelerekan sungguh la...cntik kaler merah sambal tu...mesti xhinggat klau mkn ni...nsi bertambah2...

hazila said...

Salam mama,
Wah menggoda betul ikan kerapu tu...

sabar dubai said...

salam mama...

seyes meleleh tgk....gerenti bertambah2 nasi kan.....alahai baby dlm perot ckp aunty anto laa dubai sikit..

izahdaut said...

kalau dengan ikan keli mesti lagi sedaap kan. sebab ikan keli daging dia lembut gitu. aisshh mama buat saya kecurr la.. sedap nampak tu mma

tun_telani said...

terbayang2 mkn sambal ni ngan ikan keli goreng garing2.. fuhh.. terliur2...

quinnie said...

mama..saya kalau masak tomato ni memang suka..tak pernah jemu makannya..heheheh....sedapnya..:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ikan kerapu feberet saya ni mama... masak apa pun sedap! ikan keli pulak.. kurang suka sgt sbb isinya terlampau lembut & benyek gitu.. bukan kata tak mkn langsung.. kalau dipotong kecik2 & goreng garing kemudian disambal pedas2 sy makanlah.. tp kalau goreng sekor2 atau digulai.. mmg sy tak mkn.. hehe...

zila norazila said...

salam mama,
nampak sedap ikan kerapu itu..:) klu ikan keli pun sedap jgk..yg kat plate kecik tu buah apa mama?..buah delima kew.?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...