Friday, July 8, 2011

Bee Hoon Goreng


Salam di petang hari Jumaat yg berbahagia ini...
Bahang dari cuaca panas mempercepatkan lagi jemuran kain baju yg bergantungan di ampaian...
Menu tengahari mama pada hari ni.. cik hubby hari half day..so lepas sembahyang Jumaat terus pulang.

Baru perasan ...cik draft.blogger dah bercorak baru!! agak janggal sikit nih

 Mee goreng sempoi jer mama grg makan bersama ayam goreng cajun.. Ni pun baru saja abis makan..

Bee Hoon Goreng versi mama

Bahan2:
1 pkt bee hoon - di rendam
2 biji bawang besar*
4 biji bawang putih sedikit halia*
1 sudu besar lada hitam*
2 sudu besar sos tiram
200 gm daging - dihiris tipis
200gm udang- di cuci bersih
sawi
carrot
taugih
garam & gula secukup rasa


Cara2
bahan2 yg bertanda * di kisar halus. Tumis bahan2 yg telah dikisar sehingga garing, masukkan daging dan masak sehingga mengeluarkan air dan empuk. Masukkan udang dan biarkan udang masak masukkan sedikit air biar kan mendidih sebentar. Tambahkan garam, gula & sos tiram. Masukkan bee hoon dan balik2kan sehingga masak baru masukkan sayur sawi & carrot kacau rata.. bila semua sayur mayur masak padamkan api dan masukkan taugih dan kacau sekali lagi biar rata dan blh dihidangkan bersama cili jeruk.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...