Friday, March 25, 2011

Karipap Inti Sedap

 
Salam hari Jumaat teman2 semua...dah makan semua??? Kat sini mama belum masak pun. Semua anak2 tak de dirumah. Malas nak masak siang..

Karipap inti sedap ni mama dah buat banyak kali dah..cuma kali ni mama buat lebih sikit.. frozenkan so bila tekak teringin nak makan ... senang goreng sahaja..

Ni lah hasil BW kat dapur teman2...
Thank u Mas and also Hana for sharing recipe karipap Inti Sedap ni..memang sedap coz ada ayam & telur.

Meh tengok recipe :D

Karipap Inti Sedap
Copy : Kak Hana
          Izah
Bahan-bahan :
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
Bahan untuk inti :
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari
  • daun sup - cadangan dr mamakastam.tQ!
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji@ potong dadu.
  • 21/2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air

Cara-cara :
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

6 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

alahaiii.. memang sedap nampaknya tu... kulitnya pun nampak rangup jer.. lama sy tak buat karipap...

Unknown said...

Ha...akak suka makan karipap...tpi yg d buat sendirilah. Yg beli selalu tak meet akak punya cita rasa.Sementara nk buat...bagilah buang seketul dua...nnti bila akak buat akak ganti balik...hu...hu..nmpak sedap sgt...

Anonymous said...

Salam Mama,
Teringat pernah try juga karipap ini sedap ni...memang sedap. kite buat frozen buat stok.hehe

Ijan

Nida n' Hanafi said...

Salahlah mama tajuk tu..

patutnya Karipap Inti dan Kulit Yang Sedap...hehe

K.zai said...

salam hawa..mmg dh tentu nya npk sedap dan rangup karipap inti sedap ni..xnah cuba lg yg inti telor

Ina said...

suka suka suka...nk try buat gaks nih...x prnh letak telur...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...