Wednesday, January 19, 2011

Ayam Masak Merah




Salam tengahari semua!!!
hidung nih tak henti nak bersin... tak tahu apa yg mama allergic kan.
tadi pagi kerumah mak tgk abah dah start bersin2 sampai lah skrg...

Ayam Masak Merah kali nih resepi dari buku Majalah Saji lagi... Julai 2005
Terima Kaseh kepada penyelaaras Noor Joha Ahmad.  Bertambah lah resepi  ayam masak merah mama kali nih..hehehe. Simple & Senang & cepat dimasak. Anak mama Shasha yg msk mengikut resepi step by step dari buku ni :)

Mari kita lihat bahan2 nye

Ayam Masak Merah - Saji Julai 2005

Bahan2:
8 ketul ayam
3 ulas bawang putih }
6 ulas bawang merah }  dihiris
3cm halia }
sehiris lengkuas nipis
2 batang serai (ketuk)
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan
200 gm cili kering
100 gm sos tomato
1 labu bawang besar(hiris bulat)
garam & gula secukup rasa

Bahan Perap Ayam

1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
serbuk kunyit dan garam



Cara menyediakan

Sangai jintan manis, ketumbar dan jintan putih hingga naik bau. kisar. Perap dengan ayam. kemudian digaul juga dgn garam & serbuk kunyit. Perap setengah jam dan kemudian goreng. Tumis semua bahan diatas kecuali cili dan sos tomato. Tumis hingga naik bau dan bawang menjadi kuning. Kemudian tuangkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak dan tuangkan gula & garam. Masukkan bawang besar, sos tomato dan diikuti dgn ayam yg digoreng. Gaul rata dan biarkan ia masak sebentar. Kemudian angkat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...