Wednesday, September 1, 2010

Sotong Goreng Belacan


Selain telur goreng mama goreng kan Sotong Goreng Belacan nih. Nampak kat blog CMG nih dan Ayu jgk dah mencuba nyer. Hmmm sedap makan panas2 ada kuah sikit2. Thanks CMG for the resepi mama minta izin C&P yer :)

Sotong Goreng Belacan - CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 ekor sotong saiz besar
2 biji cili hijau, hiris serong
1/4 camca teh serbuk kunyit
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 camca besar sos tiram
1/2 inci belacan + 2 camca besar air = larutkan
Sedikit air, untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong dibersihkan, asingkan kepala dari badan, buang mata dan paruh sotong, manakala badan sotong potong gegelang, cuci sekali lagi dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serbuk kunyit dan cili hijau, kacau rata hingga layu. Masukkan sos tiram dan belacan tadi. Kacau rata.
  3. Masukkan sotong, masak hingga sotong berubah warna, tuang air dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segeran bersama nasi hangat..

2 comments:

Mas said...

salam mama, sedapnya sotong belacan tu....mas pun suka.....

mummyseri said...

mama..sedap eh masak cenggini..
kena nasi putih panas2..waduh sedap seh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...