Monday, September 6, 2010

Pita Pizza


Pita Pizza.... buat berbuka pada hari Jumaat yg lepas... hehehe baru sempat nak update :)
 Nampak kat rumah Ayu yang menggunakan pita sebagai base pizza. Ada balance Shabsuka yg disimpan dlm freezer... ni lah jadi nyer. PITA PIZZA



ni sempat ambik gambar lepas berbuka... Yg 1 keping ni buat mama sebab during berbuka mama tak boleh mkn berat2 cukup lah minum air panas, sebiji dua kurma atau pun kuih muih yg jiran mama beri.



mama buat 2 pkt sebab Shasha bawa kawan sekolah lama berbuka dirumah. So dapatlah 10 keping semua nyer :) Shabsuka yg memang pedas bila di buat seperti pizza ni makan panas2 fuyoo berpeluh peluh si bdk Nazli ni makan hahaha. Blh tengok kat sini atau pun dibawah ni utk resepi shabsuka :) Peringatan pada sapa yg memang cili queen or cili king shd try out!

SHABSUKA HAJAH KAMISAH (masakan Arab) 
untuk 6 - 10 orang

Bahan-bahannya
1 kilo daging cincang, digoreng tanpa minyak
2 biji bawang besar, dihiris
1 cawan lada kering kisar
3 sudu makan minyak sapi
3 sudu makan minyak sayuran
1 botol sos tomato Maggi
1/2 botol sos cili Maggi
1 tin sedang tomato puree
6 biji tomato, dipotong dadu
3 biji bawang besar, dipotong dadu
30 sen daun ketumbar
20 sen daun pudina
4 - 5 cawan air
1 1/2 cawan bawang goreng
1 paket sayur campuran (mixed vegetables)
gula secukup rasa
garam secukup rasa
ajinamoto (jika mahu)

Bahan untuk dikisar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
4 sudu makan jintan halus
2 - 3 sudu makan lada hitam
3 biji bawang besar
1/2 inci kayu manis
2 sudu makan lada putih

Bahan Hiasan
6 biji telur, digoreng buat mata lembu setengah masak kuningnya

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dihiris sehingga wangi. Masukkan lada kering kisar tumis hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan bahan kisar, tomato puree, tomato sos dan cili sos. Gaul rata. Masukkan garam, gula dan ajinamoto secukup rasa.
2. Masukkan dagiing yang telah digoreng tanpa minyak, tomato dan bawang yang telah didadu, sayur campuran dan masukkan air. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana.
3. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng. Gaul rata dan matikan api.

Cara Menghidang
Sendukkan shabsuka ke mangkuk dan letakkan sebiji telur mata lembu yang telah digoreng setengah masak atasnya. Ia selalu dimakan bersama roti perancis.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...