Thursday, September 2, 2010

Mee Cendol/ Mee Bee tai Mak


Mee lagi n lagi....
Buat berbuka semalam... tak de idea lagi untuk buat berbuka.. lauk sahur jgn cakap lah main campak2 jer hehehe. Pernah nampka kat Blog Nur mee chendol/cendol/bee tai mak nih.Bahan2 yg mama gunakan apa yg ada di dlm fridge.... Thnks yer Nur mama C&P resepi dari dapur Nur :)

MEE BEE TAI MAK/ Mee cendol  - Nur Sg

500gm bee tai mak- mama gunakan 1kg
250gm sayur bak choy- mama letak sawi & taugih
secukup hotdog dihiris- tak letak gantikan udang & fishcake
2 biji telur yang sedang- letak 3 biji
1 1/2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
1 biji bawang dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 atau 2 sudu makan cili kisar

Cara-Cara

1. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan hotdog dan gaul rata.
3. Ketepikan hotdog, pecahkan telur dan kacau rata.
4. Masukkan bee tai mak.
5. Masukkan kicap manis dan sos tiram.
6. Akhir sekali masukkan sayur bak choy dan jika perlu masukkan garam sedikit saja.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...