Friday, August 27, 2010

Roti Sardine


Hidangan berbuka semalam... selain roti sardine ni ada maggi goreng yg di buat oleh Shasha ... ibarat nye semalam menu anak2. Dah byk kali jgk buat roti sardine resepi dari Nor Trgganu  nih..tapi bila Ayu tayang roti nih ...  nak buat lagi... almaklum sardine mmg febret kat rumah dan stock sardine memang senantiasa ada dlm stock!! hehehe



Roti Sardin - Nor Secubit Garam

10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.


Cara2
Potong dua bun burger.Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang.Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia yg K.Nor buat semalam tu dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. Slmt Mencuba ya..



Dan nak tayang pan yg dah banyak menggunakan nye...hehehe baru kesempatan ambik gambar!!! Puas hati boleh sekali 6 keping menggoreng roti sardine tuh!! Cuma letakkan sikit minyak sahaja. Terima Kaseh Mimi sudi tolong kirimkan pan. Yg kuali kecil tuh mama blm gunakn kan lagi..ingat nak buat apom..tengok lah :)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...