Thursday, August 12, 2010

Opor Ayam


Sambung cerita lagi..... Opor Ayam atau kalau mama senang paling lauk kurma ayam. Cuba resepi yg kurang pedas buat hari petama bersahur... Memang tak pedas pun anak2 suka..tapi for cik hubby mama sedia kan sambal cili padi kicap.

Kalau mengikut resepi asal..bahan2 perencah* semua dicincang.... me malas... so semua dikisar dalam blender sonang cerita!! ki3x Mama tambahkan kentang & jgk buah tomato & lada merah.

Ingredients

1) Ayam (300g)
2) Bawang merah (4 ulas)*
3) Bawang putih dicincang halus (2 ulas)*
4) Halia dihiris halus (1 inci)*
5) Cili (4 biji)
6) Serai (2 batang)
7) Asam (2 keping)
8) Badam (6 biji)
9) Buah keras (1 biji)
10) Kulit kayu manis (1 inci)
11) Bunga cengkih (1 kuntum)
12) Buah pelaga (1 biji)
13) Bunga lawang (1 kuntum)
14) Rempah kurma (3 sudu)
15) Serbuk jintan manis (1 sudu)
16) Santan (2 cawan)
17) Gula (secukup rasa)
18) Garam (secukup rasa)
 
Directions

Tumbuk badam dan buah keras hingga hancur.
Di dalam mangkuk, campurkan serbuk jintan manis, rempah kurma, dan air. Gaul sebati.
Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan bawang merah. Kacau sebentar.
Masukkan halia, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih. Kacau hingga naik bau.
Masukkan campuran rempah tadi. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau sebati.
Masukkan serai, asam keping, ayam, dan santan. Kacau sebentar.
Masukkan garam dan gula. Biar mendidih dan kacau supaya santan tidak berketul.
Apabila hampir masak, masukkan cili yang dibelah dua.
Didihkan sebentar hingga cili layu sebelum dihidang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...