Friday, August 6, 2010

Nasi Ayam Set Chef Wan

Bertemu kembali... hari Sabtu lepas buat NASI AYAM CHEF WAN untuk makan tengahari we ouls...
Resepi kali nih dari dapur NUR... lain daripada lain rasa nasi & jgk ayam. Tapi yg pasti anak2 suka :D
Thanks Nur kongsi resepi :D Meh lihat resepi dibawah nih.. C&P jer dari dapur Nur.

Nasi Ayam Chef Wan- Nur

Bahan-Bahan Untuk Nasi


1/2 cawan majerin
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam

Cara-Cara

1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis
bawang besar, halia,
bawang putih,kulit kayu manis,
bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik
baunya.
2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan
ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga
cecair terserap dan kecilkan api.

3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.





Cara menyediakan ayam
1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan
dan dibelah dua

Garam
Lada hitam yang baru dikisar
2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar marjerin


mama tambah kan sedikit halia dilumur pada ayam


Cara-Cara

1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia,
bawang putih dan kicap. Lumur pula dengar marjerin.
Bubuh ayam di dalam dulang pembakar.


2. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan
pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.


3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...