Thursday, July 29, 2010

Kuih Bakar Pandan


Petang ni sambil duduk depan PC sambil makan kuih bakar pandan...
Ada kesilappan dari segi rasa... mama pandai2 letak susu tak nak gunakan santan..konon2 nak jaga diet... alamak dari segi rupa ada tapi bila rasa...kureeeng. Tu lah pandai sangat nak ubah2 resepi orang... tapi takpe masih boleh di makan!!Jangan putus asa..besok2 cuba lagi...

Dari dapur Cikgu Zana kali ni. Kalau tak ubah resepi pasti lemak kuih bakar ni. Thanks Cikgu Zana mama suka pada sukatan yg mudah ini..

Kuih Bakar Pandan - Cikgu Zana & MYR
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.Taburkan bijan (jika suka)
4. Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..

ps..kalau nak kurangkan bau 'keteluran' nye boleh boh sikit esen vanila..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...