Friday, July 16, 2010

Ayam Goreng Percik Berkuah

Ayam Goreng Percik Berkuah dapat resepi dari MyResipi. Resipi dari Oshin.
Mama gunakan peha ayam jer...itu jer yg ada :) Pernah jgk beli ayam percik kat pasar malam..hehehe kali ni mama cuba pulak membuat nyer. Boleh lah..tapi kalau dapat makan buat yg ori bakar atas bara sepet kat buluh mana nak cari pasti lagi umph kan? Okay lah byk songgeh plak mama ni. Meh tgk resepi kat bawah ni :D Thank U cik Oshin sumbang resepi :D

Ayam Goreng Percik Berkuah

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang )

  • Bahan A
  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana) - dilumurkan kunyit, garam & digoreng (jgn terlampau garing)
  • Bahan B (* digiling/tumbuk halus)
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • ****
  • 2 batang serai (dititik)
  • 15 tangkai cili kering (dikisar)
  • 1 biji kelapa (diambil santannya)
  • asam keping (4-5 keping)
  • gula & garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Mula-mula gorengkan ayam dan ketepikan
  2. Kemudian tumiskan bahan B hingga wangi
  3. Masukkan 2 sudu besar cili kisar & serai dan tumiskan hingga naik minyak
  4. Masukkan santan, ayam goreng, asam keping
  5. Masukkan juga garam & gula secukup rasa
  6. Masakkan dengan api perlahan sehingga kuah pekat & hidangkan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...