Sunday, June 27, 2010

Tofu Kung Po

Tofu Kung Po- dapat resipi dari berita harian (SG) pada tanggal 6 Jun 2010.
Memang sedap utk mereka yg sukakkan sayur Brokolli. Di sini ingin mama berkongsi resipi dan jugak buat rujukakn dibelakang hari.

TOFU KUNG PO
Bahan2

1 keping tauhu jenis lembik ( ptg kuib 1 cm)
2 sudu makan oyster sos
secubit rempah 'five spices' ( mama tak guna)
1 sudu mkn bawang putih kisar
1 sudu mkn halia kisar
3 batang cili kering ( sangai dan potong 2.5 cm pjg)
1/2 cawan air
2 sudu teh tepung jagung ( air & tepung jagung dijadikan satu)
2 sudu teh minyak masak
1 sudu mkn minyak bijan
1 pokok Brokolli (potong kecil & rebus sebentar)
2 sudu makan gajus disangai

Cara
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih & halia sehingga naik baunya.Masukkan cili kering dan tauhu. Kacau perlahan selama 2 minit kemudian masukkan rempah five spices dan sos tiram.
Tuangkan campuran tepung jagung dgn air tadi dan biarkan mendidih hingga kuah hampir kering. Akhir sekali masukkan kacang gajus dan renjiskan minyak bijan.
Utk menghidangkan nya, atur brokolli dikeliling pinggan kemudian tuangkan campuran tofu di tengah2nya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...