Tuesday, June 29, 2010

Kuih Butir Nangka

Photobucket

Selamat bertemu kembali teman2 :D
Alhamdullillah..... kenyang betul buka pose hari ni....
Apa ke tidak.... mana ngan bubur & sardine roll..hehehe itulah dah enjoyssss ngan makan jer....
Resipi ni dah lama teperap asyik kena cut queue jer... So utk berbuka memang sesuai lah kat tekak mama yg selalu nyer memang tak nak berbuka yg berat2. Resipi dari dapur Ijan yg senyap sepi sejak kehilangan ayah tersayang.... Kepada Ijan terima kaseh atas resipi ni dan mama really miss u!!!

Kuih Butir Nangka (7-8 orang)

  • 4 cawan tepung beras pulut
  • air
  • sedikit kapur makan 
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula (kite guna brown sugar)
  • 1 sudu makan halba (kite tak letak, kurang gemor) mama pun x letak
  • garam
  • daun pandan
  1. Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  3. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  4. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan… bila masak ia akan timbul…
  5. Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. Bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.
  8. Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.

Photobucket

1 comment:

SHaP said...

waaaaaa.............sedapnyerrrrrrrrrr....nk makan ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...