Sunday, June 27, 2010

Ayam Masak Merah Berkicap

Photobucket


Salam petang Minggu semua teman2 mama yg dirindui selalu :D
Menu tengahhari tadi..bukan tengahhari dah nak masuk petang jamuan mkn kami tadi..hehehe.
Ni kes lambat bangun dan lambat pergi kepasar. Banyak barang2 kering & basah dah habis belum sempat di beli lagi. Jadi bila dah lambat bangun jawab nye ke pasaraya je. Beli ayam..yang pasti anak2 mesti kangen ngan ayam SPORE sbb diorang cakap makan ayam kat sana tak puas...

AYAM MASAK MERAH KICAP..tak tahu lah mana asal nyer tapi pucuk pangkal yg senang di masak, sedap dimakan untuk anak2 & jugak cik hubby mama :) Cara masakkan macam masak merah biasa cuma ditambahkan kicap manis & kicap pekat jer..

Bahan

1 ekor ayam ~ dipotong 12 cuci bersih & tos
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
100-150 gm cili kering direndam & diblend (tambah kalau ingin pedas)
3 labu bawang besar ~ diblend
3 ulas bawang putih ~ diblend
1/2 in halia ~ diblend
garam & gula secukp rasa
3 sudu makan kicap manis

2 sudu makan kicap pekat
3-4 sudu makan tomato sos
air secukupnya
2 labu bawang besar ~ dipotong hiris kasar
minyak utk menumis

Cara memasak


Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
Tumiskan cili mesin & bahan2 yg diblend  sehingga garing. Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan garam & gula, tomato sos, kicap manis dan kicap pekat dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.Tambahkan air sedikit sekira nyer inginkan berkuah.
Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan ayam Gaul sebati dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat sedikit. Masukkan bawang yg telah dihiris kasar2, kacau sekejap dan padamkan api.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...