Wednesday, May 12, 2010



Selamat Malam semua :) Bertemu kembali....
Memang sedap ayam berempah ni makan dengan nasi temasek..tambah kan lagi dengan paceri nenas..fuyooo!!!
Resipi dari rumah Nur mama ambik buat hidangan makan malam tadi. Memang sedap rasa nyer kalau ada daun kunyit ... tapi apa kan daya daun kunyit takde dikedai :(
Thanks yer Nur. Mama letak kan resipi disini supaya senang nak rujuk next time :)



Ayam Berempah


Bahan-Bahan

1 ekor ayam dicuci bersih dan di potong lapan atau mengikut cita rasa sendiri.
sedikit kunyit untuk mengorengkan ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
200 ml santan
3 biji bawang besar di kisar (mengikut saiz pada bawang)
4 ulas bawang putih di kisar
6 cm halia di kisar
4 batang serai di kisar
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
garam secukup nya
sedikit gula (Nur tak letak)
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis


Cara-Cara

1. Ayam digaulkan bersama kunyit, garam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau nya.

3. Masukkan santan, garam, asam keping dan juga ayam.

7. Kacau rata dan biarkan kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan buah tomato jika suka.
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...