Saturday, May 29, 2010

Roti Sardine

 
Roti Sardin

10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.


Cara2
Potong dua bun burger.Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang.Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia yg K.Nor buat semalam tu dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. Slmt Mencuba ya..

 Salam semua dipetang hari Sabtu yg dah mulai gelap ni..mungkin jap lagi hujan akan turun... buat roti sardin ni utk breakfast tadi. Kalau tak silap buat dalam bulan puasa..memang all time favourite macam kat rumah Nur Ganu sana... ni resipi mama C&P jer dari rumah Nor. Terima Kaseh :)

4 comments:

Mas said...

resepi baru ni, boleh la mas try buat kan mama, nampak pun sedap...

izahdaut said...

oh lambat betul otakku di petang ini.. kena bace banyak kali baru paham kekdahnya..hehe..pastu pi terus ke link kak nur bertambah tambah paham.k mama..nak cube gak walaupun hubby bukan pengemar sadin.thanksss

MamaFaMi said...

Salaam...

Ish, sedapnya la pulak nampak roti sardin ni....

Mama Hawa/Mama Nani said...

Sila kan mas :) Mmg sedap buat bekpes anak2 :P

Izah senang jer... Kat sini mmg suka kan sardin..tapi skrg dah jarang2 mama msk sardine. Cuba lah mana tahu cik hubby berkenan :)

Wslm mamafami :)
Nmpk kat rumah Nor ganu..mmg dah cuba byk kali ni :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...