Thursday, March 18, 2010

Udang Masala

Bahan A:-
  • 500 gm udang (dibersihkan )
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan yogurt asli- xde dalam simpanan
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong) - x letak
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong) - x letak
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)

Bahan B (dikisar):-

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^
1 lagi resipi dari rumah teman2 blogger mama :D
Oleh sebab lama tak masak udang ( ada yang allergic kat sini) kali ni nmpk kat rumah Dr Ina terpanggil nak memasaknyer walau pun tak cukup bahan seperti yoghurt.
Nazli makan tengahari tadi cakap sedap ma... sampai ckp boleh tambah lagi..hehehe. Dia tak tahu... ada bahan yg x cukup
Anyway thanks to Dr Ina yg sudi letak kan resipi dari Kak Liza utk dikongsi bersama :D




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...