Thursday, March 25, 2010

Ikan Rebus wif Sambal


Bertemu kembali :D Menu dinner tadi simple... Ikan Rebus wif sambal. Dah penat kat dapur sebenarnye. Kalau tak masak.. mil ada pat rumah, anak2 balik nak makan, cihk hubby pun bila balik tanya masak apa? So terpaksa lah mama masak yang simple.. janji sedap!!!


Ikan selar yang direbus bersama sedikit garam & juga lada sulah.


Untuk sambal mama gunakan cili padi, cili merah, bawang besar, buah tomato, belacan yg dibakar,air asam jawa pekat2 (gunakan air masak) garam & gula secukup rasa. Semua bahan dimasukkan kedalam blender dan kisar kasar2. Rasakan garam & gula. Siap :D

2 comments:

fuzidss said...

sama laa kita malam ni, saya masak sambal ikan ala thai gitu

Mama Hawa/Mama Nani said...

Fuzidss :)

Sori mama lambat reply..fuzidss sihat? Mmg kadang2 msk sempoi2 ni blh buat bertambah mkn nasi beb!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...