Monday, January 18, 2010

Terung Garam Asam


Satu lagi koleksi lauk orang 'Jawa' yang menjadi pujaan cik hubby... Memang kalau ada kenduri, selain sambal godok,urap lauk ni macam satu kemestian buat keluarga cik hubby yang memang typical jawa....


Mama ambik resepi dari Buku Asmah Laili untuk dibuat rujukan. Selalu masak pakai campak2 jer. Resepi oleh Puan Zaharah Roziz.

Bahan
5 biji terong hijau, dibelah dua, kemudian belah tengah jgn putus
5 batang kacang panjan, dipotong sejari pjg ( mama tak letak)
50g udang kering, direndam ~
4 biji bawang putih~
2 biji bawang besar~
2 batang serai~
sejari lengkuas~ (mama tak letak)
sejari halia~

1 sudu teh belacan*
6 biji buah keras*
7 biji lada kering* (mama letak cili padi dlm 6-7 btg)

2 biji bawang besar dihiris
5 biji lada merah dihiris

1 sudu makan asam }
1 cawan santan } diramas & ditapis

sedikit minyak untuk menumis
gula & garam secukup rasa

Cara
Bahan yg bertanda ~ dikisar jangan terlalu halus. Sementara bahan yg bertanda * dikisar halus.
Gaul rata kedua bahan. Panaskan sedikit minyak, goreng terong dan kacang panjang sebentar sehingga layu. Angkat dan toskan.
Tumis hirisan bawang besar dan lada merah sehingga layu. Masukkan rempah kisar, goreng sehingga garing dan wangi baunya. Tuangkan santan, taburkan gula dan garam. Gaul rata dan masaklah sehingga mendidih dan pekat sedikit. Masukkan terong dan kacang panjang. Gaul rata dan matikan api.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...