Wednesday, January 20, 2010

Muffin Coklat Pisang


Salam & selamat malam everybody...... Hari ni mood baik :) Membaking kite u...
Nampak kat rumah zalieda... Tapi sebelum dah nampak kat rumah teman2 blogger. Pada mama adunnan okay jgk.. tak brapa manis :) untuk yang lain rasa nyer mmg kuranglah. Mudah & simple... tak payah keluarkan mixer :) sesuai untuk mereka yang nak mencuba :) TQ zalieda kongsi resipi :) Ni mama C&P dari rumah zalieda k.


Bahan-bahan
  • 100g pisang
  • 100g tepung gandum
  • 50g mentega-cairkan
  • 20g serbuk koko
  • 50g gula halus
  • 1 biji telur- suhu bilik
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 50ml susu segar
  • walnut secukupnya (optional) - mama letak coklat chip

Cara-cara

  1. Panaskan oven sehingga 180C. Pukul sedikit telur dengan garfu- tak perlu kembang.
  2. Masukkan gula, tepung gandum, serbuk koko dan baking powder ke dalam plastik. Tutup mulutnya dan goncang biar semuanya sebati
  3. Masukkan pisang ke dalam mangkuk. Lenyekkan dengan garfu.
  4. Masukkan pula susu segar ke dalam pisang tadi dan kacau
  5. Kemudian masukkan pula telur. Kacau biar sebati.
  6. Lepas tu masukkan pula tepung yg dalam plastik tadi dan kacau.
  7. Akhir sekali masuklah mentega cair tadi. Kacau biar sebati. Kemudian dengan sudu cedukkan ke dalam muffin cup. Isikan dengan 2/3 penuh.
  8. Letakkan walnut (chocolate rice) di atas setiap bekas muffin tadi. Bakar selama 25-30 minit.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...