Tuesday, January 19, 2010

Ayam kicap Pak Said...


Masak lauk ayam kicap untuk dinner tadi... Sekodeng kat buku2 masak.. terjumpa resipi ni. Simple tapi dari segi rasa... berlain dari masak kicap, kerana menggunakan rempah2. Mama nak berkongsi resipi disini.

Bahan A
1 ekor ayam, beratnya 1.5kg
cuci bersih potong 10 dan toskan
200ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
Minyak untuk menggoreng & menumis

Bahan B
3 biji bawang besar, dihiris bulat
5 biji bawang putih, dihiris
2 jari halia panjang2 seperti batang mancis

Bahan C
1 biji buah pala
1 sudu makan lada hitam biji
1 jari kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

Cara
Lumur ayam dengan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng ayam, tetapi jgn terlalu garing. Angkat dan ketepikan. Tumbuk halus semua bahan C.(mama- blender kering)

Dengan menggunakan sedikit minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan B sehingga bawangnya layu. Masukkan pula bahan C (rempah tumbuk) dan tumis kan lagi sehingga naik aromanya. Tuang kicap, air dah cuka. Gaul rata. Setelah mendidih, barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Balik-balikkan dan masak sehingga pekat sedikit dan rempahnya meresap.

P/S Pada mama bahan C terlalu banyak- mama cuma letakkan ~ 1 sudu makan. Sebab terlalu kuat bau rempah2... bukan apa... nanti budak2 tak mahu makan pulak.

Apa2 pun... sedap lauk masak kicap pak said ni... Ada rasa masam2 sikit dari cuka & rasa & bau rempah yang di blender halus. Pada sapa2 yang kuat pedas blh lah tambahkan cili padi :) Selamat Mencuba

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...