Friday, January 29, 2010

Apam Beras


Salam semua & selamat malam :)
Sana sini kat rumah teman2 dah berjangkit dengan virus "APAM" Virus yang very powerful!!!! Dengan cepat sekali merebak... hahaha



Ini lah hasil nya.... Mama ambik resipi ni dari Rumah Anis. Anis pulak ambik dari Rumah Am.. begitu lah seterus nye.... Silap mama tak letak penuh sangat. Tak pe ini percubaan pertama. Jangan putus asa!!!! lain kali bolih cuba lagi :)
Meh tengok resipi :) C&P jer dari rumah Anis. TQ :)

Bahan-bahannya:

2 cawan nasi
21/2 cawan air
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 sudu teh yis kering

Cara-caranya:

1. Masukkan nasi, air, gula perang dan gula pasir dalam pengisar dan kisar hingga halus. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis kering. Gaul mesra.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam mangkuk berisi campuran tepung tadi dan kacau hingga sebati serta tidak bergentel.
4. Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiap bahagian dengan pewarna merah, hijau, kuning dan original.
5. Rehatkan selama 3 jam. Sapu minyak masak pada acuan, tuang adunan dan kukus selama lebih kurang 15 minit di dalam kukusan yang telah siap dipanaskan.



Tengok Apam ni... mkn tanpa gula n kelapa pun enak :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...