Friday, November 20, 2009

Tempeh Hitam Manis


This dish Tempe. Dari koleksi buku KETUK KETUK RAMADAN lagi. Tempe Hitam Manis ni satu lagi koleksi bagi sapa2 yg suke makan tempeh - seperti Cik Hubby mama lah!!!Ada rasa pedas2 dari cili padi dan manis dari kicap manis yang mama gunakan. Disini mama ingin kongsi resipi kepada teman2 mama atau pada penggemar 'tempeh'.

Bahan2
4 keping tempeh(dihiris & digoreng)
200 gm ikan bilis (digoreng)
cili padi - mama letak dlm 10 tangkai ditumbuk halus
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
Kicap manis
garam
gula
cili benggala merah, hijau & kuning -(di potong memanjang)- mama x letak

Cara2 membuat
Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih yang dihiris halus sehingga garing. Masukkan cili padi yang telah ditumbuk tadi.
Tumiskan hingga garing. Masukkan tempe yang telah digoreng & ikan bilis satu persatu terlebih dahulu.
Kacau hingga sebati dan masukkan kicap manis,gula,garam dan akhir sekali cili benggala merah,hijau & kuning sebagai penyeri. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...