Monday, November 30, 2009

Telur Dadar ala Parsi

Salam & Selamat malam kepada semua teman2 mama.....
Nampak resipi ini dari TryMasak - Telur Dadar ala Parsi. Ni mama C&P dari sana.

Ingredients


1) Telur (4 biji)
2) Kentang saiz sederhana - dihiris nipis (1 biji)
3) Daun ketumbar - dicincang kasar (1 sudu besar) - mama letak daun sop & bawang
4) Bawang besar - dicincang kasar (1/2 biji)
5) Cili hijau - dicincang halus (1 biji)
6) Minyak sapi (1 sudu besar) - mama gunakan minyak masak
7) Serbuk jintan putih (1/4 sudu kecil)
8) Serbuk lada putih (1/4 sudu kecil)
9) Garam (secukup rasa)

Directions


Mula-mula, campurkan telur bersama dengan bawang dan daun ketumbar, cili hijau, garam, jintan putih serta serbuk lada putih.

Kacau rata bahan-bahan tersebut sehinggalah telur kembang. Apabila telah cukup kembang, ketepikan seketika.

Kemudian cairkan minyak sapi dan goreng semua hirisan kentang tersebut sehingga empuk. Apabila garing, ketepikan dan sejatkan minyaknya.

Cairkan lagi sedikit minyak sapi dan kemudian curahkan adunan telur tadi.

Masak di atas api yang kecil supaya bahagian bawah telur tidak mudah hangus.

Apabila telur telah separuh masak, aturkan hirisan kentang goreng tadi di atasnya.

Aturkan kentang tersebut hingga tersusun penuh pada sebelah bahagian.

Kemudian, lipatkan bahagian tanpa kentang tersebut ke bahagian yang sebelah lagi hingga telur tersebut menjadi separuh bulat.

Terbalikkan dan biar beberapa ketika lagi supaya telur tersebut melekat di kedua-dua belah bahagian dan tidak mudah hancur apabila diangkat.

Telur dadar ala parsi sedia untuk dihidang. Selamat memasak!



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...