Monday, November 9, 2009

Tauhu Poket



Tauhu Poket. Nampak kat rumah teman2. Itu yang teruja nak buat!!! Tahu kat rumah sini all time favourite. Beli sampai 5 keping besar... So belah dua dapat lah 10 keping semua. Memang sedap di rata2 begitu saja cicah ngan thai cili sauce ataupun cili padi kicap!!! Ni resipi asal dari Che'Iza MYR mama c&p jer dari rumah Cik IKA kita yang rajin memasak ni :D So mari kite layan resipi....

TAUHU POKET

Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 5 kpg tauhu
  • 50 gm isi udang dicincang halus
  • 1/2 biji bawang besar didadu halus
  • 1 inci lobak merah diracik halus- x letak
  • 2 helai daun ketumbar dihiris halus- gantikan dgn daun bawang
  • 2 sb telur (dlm 1/2 biji)
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/2 sk pati ikan bilis
  • sedikit garam/lada sulah

Cara-cara

  1. Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
  2. Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
  3. Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
  4. Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....



Tauhu Poket ni sedap dimakan waktu panas2 cicah dengan apa2 sauce... Ratah jer tak payah makan nasi!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...