Saturday, November 7, 2009

Takoyakki

Makan malam kami tadi. Takoyakki. Yang kat atas budak2 punya. Letak hotdog & Beef slice.
Nasri kawan shasha datang tadi, so join in sekali. Diorang suka yg plain jer.Ambik resipi kat MYR kalau x silap dari jannatulfirdaus. Tq ni mama c&p jer

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung serbaguna
  • 1 biji telur (saiz sederhana)
  • 1 1/2 cawan air
  • Sepohon daun bawang (potong halus)
  • 1/2 biji labu bawang besar (potong dadu)-x letak
  • 4 ekor sotong di potong bulat- letak hotdog/udang rebus/beef slice
  • secubit garam
  • sedikit minyak

Cara-cara

  1. Masukkan tepung, telur, garam, air dan telur kedalam bekas
  2. gaul bahan tersebut hingga sebati. Adunannya hendaklah cair seperti membuat kuih cara atau kuih ketayap.
  3. Panaskan acuan takoyaki.
  4. sapukan sedikit minyak pada acuan takoyaki dan tuangkan adunan tepung tadi 1/2 acuan
  5. masukkan kepingan sotong, daun bawang dan hirisan bawang kedalam acuan takoyaki yg telah dituang dengan adunan tepung.
  6. pusing2kan takoyaki dengan menggunakan lidi dan tambah adunan tepung hingga menjadi bentuk bulat..
  7. setelah menjadi bulat, biarkan seketika hingga masak. kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan
  8. sedap dimakan bersama sos cili dan mayonaise..selamat mencuba...
Mama tambah bonito flakes/barbeque sos/mayonise.
Tentangn inti terserah pada citerasa masing2.

Yang ni mama nyer. Ada daun bawang & inti udang. Makan panas syiok!!!!. Seperti biasa cik hubby yang buat... bulat2 kan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...