Monday, November 2, 2009

Puding kukus laici

Salam......
Buat puding pada hari Sabtu.

Bila terpadang puding ni kat rumah HAZILA shah alam kl., begitu mengoda!!! Lepas 2 nampak pulak kat rumah IJAN finland aduh!!!! Tapi bila fikir2 budak2 tak makan sangat puding... ah takpe buat jer nanti boleh beri pada jiran2.

Puas mama cari jelly brand NONA tak jumpa jugak. So mama beli jer agar2 plain tambah kan perasa strawberry & juga pewarna merah.Tapi hasil nyer, agak keras sikit pat agar2....
So next time bila pergi JB mesti cari jelly jenama NONA. So disini mama sertakan resipi dari rumah IJAN. Resipi asal dari MYR Kimin 03. TQ Kimin, Hazila & Ijan.

RESIPI PUDING KUKUS LAICI
  • Untuk Puding
  • 1 tin susu cair
  • 4 keping roti putih
  • 4 biji telur
  • 1 sudu makan gula pasir
  • Isi laici
  • Untuk Jelly
  • 1 packet jelly nona perisa strawberry-brand lain pun boleh
  • 400 ml air
  1. Panaskan kukusan-Kite guna oven, letak air kat dlm dulang pembakar. Suhu 200′C.
  2. Rendam roti di dalam susu cair. Kisar hingga halus roti, susu cair,telur dan gula.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam loyang yg sesuai dan kukus lebih kurang 30 minit.
  4. Angkat dan biarkan ia sejuk.
  5. Sementara itu sediakan jelly mengikut arahan di kotak.
  6. Susun buah laici di atas adunan yg telah dikukus tadi.
  7. Tuangkan jelly ke atas adunan. Sejukkan sebelum dihidang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...