Friday, November 6, 2009

Kentang Masak Hijao


Teman2 blogger mama banyak dah buat ni.... Nampak kat rumah NOR TRGGANU. Pernah jugak nampak kat rumah AYU dan kalau tak silap kat rumah IKA BANGKOK pun dah buat.
Memang sedap kentang masak begini... Anak2 mama tak suka letak ikan bilis banyak2... Mama buat dalam 1 kilo kentang!!!! :P Boleh buat ratah2....Resipi dari Puan Deana. TQ kerana sudi kongsi resipi. Walaupun simple, masakkan beginilah yg boleh menyelamatkan kite surirumah bila ketandusan idea nak masak... :) Ni mama letak resipi dari rumah Nor. TQ

SAMBAL KENTANG HIJAU

  • Segenggam besar ikan bilis - dikopek
  • 3-4 biji kentang - dibelah 4 n hiris
  • 8 biji lada hijau - ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar - ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu besar gula- x letak
  • garam
  1. Goreng kentang dn ikan bilis sehingga kekuningan dan garing terlebih dahulu dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk sehingga naik bau dan sedikit garing dan masukkan serbuk kunyit. Masukkan pula gula, garam dan pak aji secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan kentang dan ikan bilis, gaul rata dan siap!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...