Tuesday, November 3, 2009

Ikan Tenggiri masak berlado



Selain ikan, lauk ini jugak boleh digantikan dengan telur atau pun ayam. Memang lauk favourite kat sini. Mesti ada pedas2 ngan manis2 sikit. Ikan berlado reseipi dah beberapa kali ulang tayang (masak) sebab budak2 suka makan. Cuma mama ubah sikit mengikut citarasa sendiri.

Bahan


1 kg ikan tenggiri - di lumur kunyit & goreng sebentar

10 tangkai cili merah*
2-3 biji bawang besar*
2-3 ulas bawang putih*
1-2 hiris halia*
5-10 tangkai cili padi* (kalau nak pedas tmbh lagi)
asam + air
minyal utk menumis
garam & gula

Cara

Semua bahan * dimesin kasar2. Didalam bekas minyak menggoreng ikan, tumis bahan yang telah dikisar kasar2 hingga garing agak2 dlm 5- 8 minit. Masukkan air asam, kalau suka banyak kuah bolih tambah kan air. Biar kan kuah mendidih, tambah kan garam & gula secukup rasa.

Baru masukkan ikan & balik2kan. Dah siap!!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...