Saturday, November 7, 2009

Ikan Sumbat Abang Busu

Tak tahu plak knapa resipi ni di panggil dgn nama abang Busu?????
Resipi dari Buku Masak Sheila Rusdi - KETUK KETUK RAMADAN. Celebriti yg memasak ialah Ameyza Adnan. Resipi asal ijan cencaru ni digoreng, mama tukar sikit cara penyediaan nyer mengikut selera & cara nye saja, tentang bahan2 nyer tetap maintain.

Bahan -bahan:
3 ekor ikan cencaru
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
20 biji cili padi* - letak 12 biji
1 biji kelapa parut- gunakan dlm pkt - 1
1 pkt kecil ketumbar- gunakan serbuk dlm 2 sudu mkn
1 pkt kecil jintan manis - 2 sudu mkn - serbuk
1 pkt kecil jintan putih - 2 sudu mkn - serbuk
kunyit, garam, serbuk perasa/gula & minyal utk menggoreng

Cara membuat:
Gaulkan kelapa dan masukkan bahan* yang telah dikisar/ditumbuk. Masukkan sekali garam dan serbuk perasa/gula. Gaulkan sehingga sebati.
Basuh ikan sebersihnya dan belah bahagian belakang. Gaulkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Sumbatkan bahan-bahan yang telah digaulkan tadi dalam ikan cencaru yang telah dipotong belakang.
Panaskan minyak. Gorengkan dengan minyak yang banyak. Goreng hingga betul2 masak. Sedia untuk dihidang.

Mama ubah sikit cara masak nyer pulak. Bungkus ikan dengan daun pisang dan juga alluminium foil. Bakar ikan atas kuali leper atau non stick pan. Balik-balikkan ikan sampai masak.




Sedap dimakan panas2 bersama dengan pencicah nyer. Mama siapkan dua pencicah. Untuk budak2 sambal cili padi kicap. Untuk mama ngan cik hubby - budu dengan hirisan bawang, cili padi & perahan limau.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...