Monday, November 23, 2009

Ikan Kukus Sos Tom Yam


Ikan Kukus Sos Yam resipi dari buku masakkan Warna 94.2FM -Resipi Pesta Perut tahun 2000.
Pertama kali cuba resipi ni. Untuk tekak mama lah kira okaylah. Lauk kalau makan panas & makan ramai2 memang sedap.
Komen cik hubby - tak pedas & tak 'ummph' lebih suka pada yg normal plain (chinese style)
Apa2 pun dalam masakkan kite ni... mesti ada trial and error.... Next time mama will try to improvice sikit.
So disini mama sertakan resipi. Mama kukus ikan ni plain tanpa sayur mayur sbb dah ada hotplate vege to along...

Bahan2
1 ekor ikan siakap - abt 600gm (disiang & dicuci bersih)
5cm halia muda (dirampai)
1 pkt sayuran campur (yg mengandungi brocolli,lobak,bunga kobis,cendawan & lada gajah yg sudah siap dipotong)

Sos Tom Yam
1 cube rencah tom yam
3 biji jus limau nipis
1/4 cawan sos hitam manis - mama letak kicap cair & kicap manis
8 biji lada padi (dicincang) - kalau tumbuk lagi power!
beberapa titis minyak bijan
1/8 cawan air - mama agak2 jer

Cara
Gaul rata semua bahan sos. Buat beberapa belahan diatas ikan & isikan halia yg dirampai. Letakkan ikan kedalam pinggan kukusan dan letakkan sayur mayur diatas dan sekeliling ika itu. Curahkan pula sos tom yam, dan kukuslah selama 8 hingga 10 min atau sehingga ikan masak.

Lazat dihidangkan panas2 dengan nasi putih

p/s sedap cicah ngan air asam


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...