Wednesday, November 4, 2009

Ikan Dori Bersalut kentang Bakar


Ikan Dori bersalut Kentang Bakar. Huh!!! panjang nyer nama.
Had this for dinner just now. Nampak kat TRYMASAK. Kat rumah memang suker dgn ikan dori. Tak kisah... goreng, kukus atau pun bake. Tadi beli kat NTUC ada offer - $2.45 per pkt. So mama beli 4 pkt!!!!
First time try resipi ni. Sedap makan panas2 dengan salada. My Kids love it. My hubby tak leh cakap lagi.... sebab suka makan macam gini sekali sekala. Utk my hubby n mama letak salad manyak2 dgn bake beans. Utk bdk2 plain ajer!! So mari kite salin resipi.

Ingredients


Bahan untuk Ikan bersalut Kentang Bakar

1) Filet ikan dori (1 keping)
2) Kentang - dibakar separuh masak dan disagat halus (2 biji)
3) Minyak zaiton (2 sudu besar)- x letak - gunakan minyak makan
4) Rempah cajun (1 sudu kecil)
5) Serbuk lada hitam (1 sudu kecil)
6) Garam (sedikit)


Bahan untuk Sos Mayonis pedas
1) Mayonis (1 cawan)
2) Minyak cili (1 cawan) - x letak
3) Mentega (1/2 cawan) - x letak
4) Sos cili thai (1/2 cawan)
5) Garam (sedikit)

Directions

Mula-mula sapukan sedikit minyak makan pada dulang pembakar.


Letakkan ikan dalam dulang pembakar, taburkan garam, rempah Cajun, dan kemudian atur rata kentang diatas ikan.


Kemudian taburkan pula serbuk lada hitam dan curah rata minyakmakan di atasnya.

Bakar di dalam ketuhar pada suhu 250 darjah celcius dengan api penuh selama 30minit.

Sementara menunggu ikan tersebut, sediakan sosnya. Caranya mudah saja. Campurkan sahaja semua bahan iaitu mayonis, mentega, sos cili thai, garam dan minyak cili. Gaul rata sehingga semua bahan sebati. Ketepikan dahulu.


Setelah 15 minit, laraskan semula ketuhar menggunakan api atas dan tunggu sehingga ikan tadi masak.


Apabila ikan tadi telah masak, keluarkan dari ketuhar. Hidangkan bersama curahan sos mayonis pedas.


Selamat menikmati hidangan.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...