Tuesday, October 27, 2009

Nasi empit kuah kacang & meatballs


Nampak kat umah HAZILA Shah Alam Kuala Lumpur. Sebenar nye memang dah lama nak makan kuah kacang begini. Waktu Raya lepas, mama nak buat kuah kacang ni, tapi my mother cakap tak payah buat lah... lauk dah banyak ni nanti membazir pulak......

So apabila nampak kat umah Zila semalam.... tadi pagi sebelum hantar my father go for his check-up, sempat masak kuah kacang & nasi empit. Lintang pukang mama pat dapur pagi2. Sib baik hari ni tak cuci kain... So ni lah hasil nyer!!!! Satu kelainan sebab dalam kuah kacang ada MEATBALLS. So mama C&P jer resipi dari rumah Zila. TQ. Love U!!!

Bahan bahan
  • 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 batang serai*
  • 1/2 inci halia *
  • 3 cm lengkuas*- x letak
  • 1/2 inci belacan bakar*
  • 1 batang serai (diketuk)-mama kisar sekali
  • 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)- mama pkai serbuk cili dlm 2 sm
  • 2 sudu makan gula merah/gula melaka
  • garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
  • air secukupnya
  • Meat balls

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda *.
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
  4. Masukkan meat balls.
  5. Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
  6. Hidangkan setelah masak.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...