Friday, September 11, 2009

kueh cara berlauk utk berbuka


Kueh cara berlauk ni mama nampak kat umah teman blogger... Dah ramai yg mencuba... Mama pun x nak ketinggallan sebab kat umah mama kueh pedas2 laku. Mama pakai acuan bahulu yg kecik2. So 1 adunan.... just imagine blh dpt manyak2.... Kalau kecik2 kan senang nak ngap... tapi bab nak taruh lauk alamak manyak susah.... Anyway memang sedap!

Resipi asal dari WATIE. Mama ambik resipi dr umah IKA Banggkok. Ni mama c&p jer.

KUIH CARA BERLAUK senang sgt2!! :D

BAHAN-BAHAN
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 peket santan serbuk
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar butter
  • beberapa titik pewarna kuning

CARA-CARA
Semua bahan tersebut di blend.
Panaskan acuan kuih cara di atas api yang kecil.Sapukan butter atau margerin pada loyang menggunakan daun pandan.
Tuang adunan yang telah di blend....jangan terlalu penuh...untuk letak inti...nanti melimpah
kalau nak letak gula pun...tidak telalu penuh juga.....
Tutup dengan tudung periuk....sehingga masak....sekejap jer dalam 2 atau 3 minit seloyang!Kalau lama sikit garing lebih....Siap untuk dimakan!


inti
* 500 g daging kisar ayam atau daging
* 1 sudu besar serbuk kari
* 1biji bawang besar dipotng dadu
* 4-5 sudu makan tomato sos
* 1-2 sudu makan cili sos
* 2-3 sambal tumis
sedikit garam/gula secukup rasa

Hiasan

* Daun sup diracik halus
* cili merah diracik halus

cara-cara membuat inti.

Tumis bawang hingga kekuningan dan masukkan serbuk kari masak sehingga kari masak. masukkan daging kisar,sambal tumis,tomato sos & cili sos dan masak lagi hingga daging masak. Jika kering masukkan sedikit air. perasakan dengan garam & gula dan tunggu hingga daging tadi kering



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...