Friday, September 25, 2009

Ikan Cencaru Sumbat Smbl Kelapa


Salam Semua... Bertemu kembali..
Ni menu hari Jumaat yg x sempat mama update. Dapat resipi drp Berita Harian pd 3 september 2009.
Selalu nyer ikan cencaru ni sedap di bakar gitu ajer cicah ngan sambal kicap/sambal asam dan sambal yg sewaktu dgn nyer lah. Ikut citarasa masing2. Pada mama resipi ni ada kelainan sedikit... Sedap jugak inti kelapa...
Resepi nnt dulu nk cepat ni lepas zohor nk keluar beraya.
*
*
*
Bahan2
3 ekor ikan cencaru (kira2 750gm)
2 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh garam
200gm kelapa parut yg dibuang kulit ari
10 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
15 tangkai cili kering, direndam
5 tangkai cili merah,dibuang tangkai & dipatah2
2cm x 1cm kunyit*
1cmx1cm halia*
1cm x1cm lengkuas* - mama x letak
1 batang serai dohiris sehingga 6cm dari pangkal
1 sudu teh belacan yg dihancurkan
100 ml air
75ml minyak masak
2 sudu teh asam jawa, diramas dgn 100ml air & diperah air nye
1 1/2 sudu besar gula
garam secukup rasa
125 ml minyak masak utk menggoreng tohor

Cara
1. Buang sirip,ekor & sisik ikan. Belah sepanjang belakang ikan sehingga merupai saku & keluarkan insang & isi perutnya. Cuci sehingga bersih & bilas dgn air bergaram. Tuskan.

2 .Lumurkan bahagian luar dan dlm ikan dgn kunyit serbuk & garam. Simpan dlm peti sejuk sementara menyediakan sambalnya.

3. Goreng kelapa tanpa minyakdidlm kuali diatas api sederhana sehingga putih kuning(kira2 lima minit)sahaja. Masukkan kelapa grg didlm pengisar bijian & kisar selama dua saat sahaja. Bubuh kelapa didlm mangkuk & ketepikan

4. Masukkan bahan* dan 100 ml air kedlm mesin pengisar, kisar sehingga halus. Bubuh rempah didlm mangkuk. Ketepikan.

5. Panaskan minyak masak didlm kuali diatas api sederhana. Tumis rempah kisar sehingga pecah minyak & naik bau(10 min)

6.Masukkar air asam jawa,gula & garam. Kacau rata2 & masak sehingga mendidih.

7.Campur kelapa parut grg yg dikisar & kacau rata2 selama 5 min. Angkat dari api & bubuh sambal dlm mangkuk.

8. Bahagikan sambal kpd 3 bahagian & sumbatkan setiap bahagian kedlm 'saku' seekor ikan.

9. Panaskan 125ml minyak masak didlm kuali diatas api sederhana & goreng tohor ikan sehingga masak (kira2 8 min setiap belah). Angkat dan tuskan ikan diatas kertas. Jika suka, balut ikan dgn daun pisang & dibakar diatas bara sehingga masak. Hidang ikan bersama nasi panas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...