Tuesday, September 15, 2009

Buka puasa - hari yg ke 24....

Salam di pagi Selasa yg cerah... Lepas update ni blh lah jemur langsir yg dah basuh..
Semalam jalan kat umah kawan2... ternampak roti sardin pat umah Nor Trgannu. Nmpk mcm sedap jer... Mama ambik 2 resepi dari umah Nor... Roti sardin.... atau roti pocket? Sebab inti sardin di letak dlm roti spt pocket. Eh! pandai2 jer mama nak tukar nama plak. Ni mama c&p jer dari umah Nor. TQ kerana sudi berkongsi resepi... Berkenan dihati dgn rasa nye. Cuma mama ada ubah sikit mengikut cita rasa sendiri. Jgn marah yer!

Roti Sardin

10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang -mama tmbkn cili padi dlm 4 biji
1 sudu besar jus limau nipis- mama pkai limau kasturi
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.

Ketepikan.
Potong dua bun burger.Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang.Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.

Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..


Ni pulak epok2 sayur. Sebenar nyer epok2 sayur ni dah buat beberapa hari lalu, cuba mama instant kan - goreng sebentar & simpan dlm freeze. Nak tengok inti dalam basi ke tidak. Allhamdullilah tak basi pulak. Next time blh mama buat selalu (nak save time) hehehe...Hor Fun ni jiran mama kasi. Sedap!! Banyak pulak boleh makan 2 orang.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...