Friday, September 4, 2009

Buka Puasa - hari yg ke 14


Salam. Bertemu kembali....
As requested by shasha & Nazli yg nak makan kuih yg bungkus dalam daun pisang yg ada inti pisang - NAGASARI lah mama ckp... Tulah tau makan kuih x tau nama apalah :)
Pagi tadi jalan2 kat umah Bro Rozzan ternampak resipi Nagasari tradisional. Disini mama sertakan resipi nyer sekali. SEDAP!!! LEMBUT!!!! 2 thumbs up my abah kasi hehehe....

NAGASARI
1½ cawan (180 gm) tepung beras
4½ cawan (1000 ml) santan pekat (dari 1 biji kelapa)
½ cawan (110 gm) gula pasir
2 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh garam
pisang raja/kepuk secukupnya (belah dua)
daun pisang secukupnya

Cara:
1) Satukan tepung beras, santan, gula, garam dan daun pandan di dalam periuk.
2) Kacau di atas api yg sederhana selama kira-kira 20 minit sehingga adunan pekat dan masak.
3) Bubuh 2 sudu makan adunan di atas daun pisang yg telah dilayukan dan tekankan sekeping
pisang keatasnya. Bubuh lagi 1-2 sudu makan adunan lalu bungkuslah dgn rapi.
4) Kukus hingga masak selama kira-kira 30 minit.



Yg ni mee rebus. Sebenar nyer mama nampak kat umah sapa ... x ingat ada buat mee rebus.

Tapi ni kuah nyer mama beli instant tadi sebab x sempat... Jadi tukang paip sekejap. Umah my mother paip kat sink dia dah rosak.... Nak tunggu my borther lambat sangat.... So pasang kan utk dia tadi tengahhari.
Okay juga lah rasa kuah mee rebus 2. Dah x payah tambah garam atau gula just nice.....
Seperti biasa gambar kat bawah jaudah dari jiran2 mama.....So layan mata lah.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...