Tuesday, September 15, 2009

Biskut Raya Mama...


Bertemu kembali... Ni plak biskut raya mama. Nak panggil biskut apa yer. Sebenar nyer mama nmpk biskut ni kat rumah Hana Jepun & Ika Bangkok. Mcm senang jer nak buat. Lagi pun permintaan emak mama yg nak biskut lama2. Mama guna kan minyak jagong jenama Golden Circle kalau x silap.. pat sini x de jenama Mazola... tu yg x letak nama biskut ni... Mama letak jer biskut kacang... blh gitu?? So ni resepi mama c&p dari umah Ika. TQ.

BISKUT MAZOLA

Bahan-bahan
  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur- utk disapu atas biskut sblm dibakar
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan. Bakar suhu 160 selama 15-20min.

Ni pulak ambik resipi dari Nor Trgannu jugak. Dah 2 resepi mama ambik. Hala yer sis.
Mama c&p jer resepi. Mmg berbaloi buat biskut Choc chip ni. Muai! Utk tray yg 1st mama buat agak2 sebesar 20cts. Hah!!! bila dah bakar kedebak besor!!!! So buat lah kecik2 sebesar siling 5cts gitu... baru cantik. SEDAPPPP!!!! CRUNNNNCCCHHHYYYY!!!!!

Biskut Coklat Chips
  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang
  • Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  • Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  • Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  • Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  • Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.


Ni pulak biskut mama buat. Sebenar nyer mama ada gi belajar utk edisi kueh /biskut raya. So ni lah hasil dari apa yg dh diajar... Makmur Sampan, Tart Nenas Blueberry mangkok Berbunga & Double choc cookies...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...