Thursday, August 13, 2009


Salam di pagi Khamis yg terang benderang ni....

Semalam buat kuih kawsi ni & goreng beehoon utk mkn tengah hari cum dinner. Dan juga utk abah... Suka betul abah ngan kueh kaswi ni. Lembut kata nyer. TQ Nuridah(My little Kitchen) Ni mama C&P ajer resipi kat sini> Halal Yer sis....


Bahan-Bahan


2 cawan gula timbang - mama gunakan gula melaka
4 1/2 atau 5 cawan air
2 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan tepung beras
1/2 sudu teh kapur sirih
Kelapa putih secukup nya untuk di kukus.

Cara-Cara

1. Didihkan air, masukkan gula dan masak hingga gula hancur. Letakkan daun pandan.

2. Sejukkan air gula, bila telah sejuk ditapis.

3. Masukkan air gula ke dalam tepung dan dikacau rata.

4. Tapis beberapa kali sehingga tepung tidak bergentil.

5. Dibiarkan selama 1 1/2 jam.- mama x tunggu terus kukus

6. Panaskan kukusan, siapkan loyang dan disapu dengan sedikit minyak supaya adunan tidak melekat. Kukus dalam masa 45 minit atau sehingga masak.

7. Jika menggunakan acuan kecil anggaran mengukus dalam 20 minit saja.

8. Gaulkan dengan kelapa putih yang telah dikukus.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...