Monday, August 24, 2009

Iftar Ramadhan Hari Petama......

Photobucket

THE MAKING OFFF
^
^
^

^

Photobucket
Photobucket

Photobucket


Salam Semua teman2 blogger & salam buat sapa2 yg sudi mampir ke blog mama yg tak serupa ni. Hari ini masuk hari yg ke 3 kita umat Islam seluruh dunia berpuasa. Cuma hari ini mama berkesempatan utk update N3 pagi ini.
Utk buka puasa hari pertama mama sempat menyediakan juadah ni.Donut Gebu drp Hasue nun jauh di sana....Donut ni memag popular... Banyak teman2 yg dah mencuba.
Sebelum bulan puasa, mama terlihat Ika Bangkok ada membuat nyer. 2 yg dah x blh tahan lagi.... Memang dah lama masuk list..... Memang sedap!!!! Lembut & gebu!!!!
First time buat terperanjat bila adunan 2 naik!!!! Dengan cuaca pada tengahari sabtu yg panas membuat adunan donut mama cepat naik. X sampai 1/2 jam pun.
My darling lah yg suke makan burger malaysia 2. Buat nazli yg ada corned beef. Siap suruh buat lagi.....
So kepada Hasue mama ucapkan terima kaseh banyak2 kerana sudi kongsi resepi Donut ni. Mama minta halal yer!!!! Disini mama sertakan resipi Donut.



Bahan2:
  • 500g Tepung Gandum Berprotein Tinggi (guna tpg biasa pun ok)
  • 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama)kalo guna yis peket beso amik 1 sudu makan jer..
  • 50g Marjerin
  • 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak adunan)-Letak lebih sikit pun takpe
  • 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir
  • 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa]-Letak kedua2 lagi sedap
  • 1 Biji Telur-
  • 1/2 Sudu Teh Garam
  • Gula Halus atau topping kegemaran anda
  • 190ml-200ml Air Suam2 kuku(bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara:

  1. Donut
    Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit-untuk yis yang baik,selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih..kdg2 lepas 2 min terus jer kite masukkan tepung,x kuasa tggu lama2..hee
  2. Donut
    Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.
  3. Donut
    Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu).
  4. Donut
    Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
  5. Donut
    Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap dan jika ingin membuat kuih 5 spice roll,boleh la dibahagi 2. Utk resepi dan teknik membuatnya sila rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/652.Selain tuh doh nih sesuai untuk burger sambal,pau goreng dan sebagainya..
  6. Donut
    Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan..(lebih ringan/kmbg doh,lbh gebu laa donut tu nanti)jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..hee
  7. Donut
    Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur)
  8. Donut
    Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...