Thursday, July 23, 2009

Dah baca


"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yg diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya keran kesalahan yang pernah dibuat pada saya"

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak2 saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami disisi. Saya pekakkan teliga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling"

Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Nilah part yang mama tak leh tahan. Berjurai2 air mata. Sedih sangat2.
"Dahlah bang, saya sebagai ibu yang mengandungkannya selam sembilan bulan dan melahirkannya dengan segala azab kesakitan melepaskan dia pergi. Saya redha jika ALLAH ingin menjemput dia kembali. Saya redha ya ALLAH biarlah anak saya aman disisi-MU"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...