Monday, June 22, 2009

telur dadar udang geragau

TELUR DADAR UDANG GERAGAU

Selamat malam....
Pernah makan udang geragau yg fresh? Ni mama beli kat pasar Teck Whye. Sebenar nyer susah nak dapat udang geragau yang fresh ni, walaupun harga nyer agak mahal sedikit. satu pinggan lima dollar, Mama tetap beli. Pasal ada 2-3 orang yang suker makan ni.

Selain buat telur dadar, buat jemput2 pun sedap. Ni mama buat telur dadar dulu. Yang balance mama nak buat jemput2 pulak.

Mama gunakan 2 biji telur, 1/2 biji bawang besar,2-3 batang lada merah/hijau, 3 batang cili padi. Semua bahan di hiris.Sedikit udang geragau yg telah dibasuh dan sedikit garam. Semua bahan2 leburkan dalam mangkuk. Kacau sebati dan goreng seperti kite goreng telur dadar.

Pada sapa2 yang tak kuat cili padi blh kurangkan(mcm mama lah) - berasap teliga;D..........



SAMBAL TERUNG

Ni pulak terung sambal. Mudah dan senang nak masak .
Satu batang terung, dipotong sederhana besar, cuci dan goreng sebentar. 1-2 sambal tumis dan daun kucai. Panaskan sambal tumis kedalam kuali sebentar masukkan terung yang telah digoreng, kacau sehingga sambal sebati dengan terung, matikan api masukkan daun kucai balik2kan sebentar dan boleh dihidang.

Malam ni dinner agak sempoi ajer. Tapi sedap makan dengan nasi panas2 gitu ajer......




Breakfast tadi pagi... Lontong goreng aka carrot cake.....
Simple.... Kenyang untuk makan pagi-breakfast.
Mama cuma gunakan 2 bungkus lontong, 3 biji telur, 2-3 sudu makan sambal tumis dan secukup kicap. Lontong potong kecil2, panaskan sambal tumis, masukkan lontong gaul rata, pecahkan telur tambah kan garam dan kicap. Makanan ni agak hitam sikit jadi banyak gunakan kicap. Mama gunakan kicap manis..Biarkan dalam 5-6 min atau sehingga telur masak. Siap di hidang dan boleh ngapppp...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...