Wednesday, June 24, 2009

Dinner tonight

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Lauk untuk dinner tadi. Semalam dah makan macam2, sedap2 hah ari ni makan lauk simple :D. Tapi sedap jugak lauk2 macam ni (angkat bakul sendiri eh! salah naik lift picit sendiri) Betul memang sedapppp. Tapi macam lauk bulan puasa plak. Dah terasa tempias bulan Ramadan.
Mama gunakan ikan tenggiri dalam 4-5 ketul aje, digaul ngan garam & kunyit. Goreng sebentar. Halia, bawang besar& bawang putih, cili merah & hijau semua dihiris kasar2. Air asam secukup nyer dan garam. Tumis semua bahan hiris sebentar masukkan air asam biarkan mendidih, masukkan ikan dan garam.
Mama rasa lauk macam begini sesuai di makan waktu bersahur, dan juga mudah cara penyediaanye.
Cuba lah.....:D

Ni pulak tak tahu mama nak cakap lauk ape? Sebenar nyer dalam fridge tak ada sayur, mama nampak ada mangga, timun dan capcicum.
So ini lah yang terhasil. Macam acar/ salad buah2. Mama gunakan mangga, timun, capcicum kuning & merah, bawang besar, cili padi,sedikit cuka dan gula. Satu kan semua. Senangkan.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...