Monday, June 8, 2009

sudah baca.....


NOVEL terbaru beliau bertajuk 'Atas Nama Cinta' kini sedang menanti anda di kedai-kedai buku. Dapatkannya segera sebelum kehabisan.

Kepada anda yang inginkan kelainan jalan cerita daripada beliau, inilah masanya anda dapatkan novel kedua beliau.

Sukarnya Firas menakluki hati dan cinta Ardini. Pelbagai cara dilakukan agar gadis punjaan hati menjadi miliknya yang abadi. Bukankah cinta itu satu pengorbanan? Dan itulah yang menguntumkan kemanisan cinta. Ijab kabul bukti bahawa cinta mereka bukan hanya di bibir.

Gelora ombak dan taufan telah mengaramkan bahtera cinta mereka ketika disinari cahaya bahagia. Namun, mengapa ada insan yang mencemburui keindahan cinta mereka? Mengapa perlu ada duri-duri yang menghalang mereka ke puncak kasih hingga hati mereka tercalar luka?

Atas nama cinta, mereka berpegang teguh pada janji setia

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...