Wednesday, June 10, 2009

Dah charge...........

ROTI TUNA



Selamat petang. Hari ni hari Rabu... Terlebih rajin hari ni. Battery dah charge. Macam kereta pulak. Semalam sewaktu mencari resipi Putri Salat kat Myr, ternampak pulak resipi roti tuna ni. Apa lagi tgk lah bahan2. Bila check kat dapur, semua ada. So tadi pagi seperti biasa mengemas,membasuh dan memasak, lepas zohor mengguli lah mama..... Tak de breadmaker so terpaksa gunakan tangan.......

Tapi hasilnyer.... sungguh memuaskan(mcm iklan pat tv ajer)

Mama buat dua bentuk. Semua bila ditimbang 50-51gm dpt 11 biji.

So sape2 nak buat, resipi kat bawah ni.
TQ Yani.......

Roti Tuna(dpt 12 biji)
120ml susu segar
50g telur
300g tepung roti
3 sudu besar gula
60g butter
1 sudu kecil dry yeast

2 tin tuna (mama gunakan 1 aje)
1/2 biji bawang besar
secukup mayonis
secukup pizza topper(ni mama yg tambah)

Oleh sebab mama tak de breadmachine, mama masukkan tepung dalam basin, ditengah2 masukkan telur, butter dan gula. Gaul rata. Dalam gelas masukkan susu dan dry yeast. Kacau dan masukkan kedalam tepung, dan uli sampai adunan tak melekit pat tangan.
Uli sehingga adunan licin lebih kurang 5-8 min.
Biarkan adunan naik 2 kali ganda.
Bila siap, keluarkan angin dgn menumbuk2 adunan roti dan bagikan kpd 12 bahagian.
Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 min.
Buat bentuk panjang lebih kurang 30-35 cm dan buat mcm bentuk ikatan.
Biarkan naik 2 ganda. Sapukan roti dengan telur. campurkan tuna, bawang dan mayonis. Letakkan dibahagian tengah roti.
Bakar 10-20 min.Suhu 180C


ULAM RAJA N SAMBAL KELAPA


RENDANG HATI

Ni lunch cum dinner mama pat umah ari ni. Rendang Hati lembu ni sebenar nyer my mother nak makan. Dia yang kasi hati ni suroh masak. Ulam raja 2 jugak dia yang belikan pat geylang. Pasal dia tahu anak dia ni kan suka makan yg pelik2. Bukan pelik2 lah, ulam-ulamman lah. Mama memang suka makan macam gini. Tak jelak.
Tapi buat budak2. diorang pandang sebelah mata ajer.....



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...