Sunday, May 17, 2009

SEGMEN ILMU


PENDARAHAN

Terdapat tiga jenis pendarahan iaitu:


1.Pendarahan luaran

Kecederaan disebabkan luka atau kulit terkoyak.

2.Pendarahan luaran melalui bukaan semulajadi

Berlaku didalam tubuh dan darah yang keluar adalah melalui bukaan semulajadi manusia seperti faraj dan hidung.

3.Pendarahan dalaman

Saluran darah organ yang pecah didalam tubuh manusia. Dianggap sangat serius dan memerlukan bantuan perubatan dengan segera. Kehilangan darah yang banyak boleh menyebabkan berlakunya renjatan. Tambahan pula, darah yang terkumpul didalam tubuh manusia akan memberikan tekanan yang boleh memusnahkan organ tertentu seperti otak dan paru2.

Penyebab utama pendarahan ialah kerosakan pada saluran darah. Agen2 fizikal seperti peralatan yang tajam, kemalangan kenderaan, tembakan serta peralatan pertukangan merupakan antara penyebab pendarahan boleh berlaku

Langkah2 pencegahan dari berlakunya pendarahan:

-Menyimpan peralatan yang tajam serta alat2 pertukangan di tempat yang selamat dan jauh dari kanak2.

-Mengetahui cara menggunakan peralatan mekanikal yang betul.

-Senantiasa berhati-hati ketika bekerja dan memandu.

Sumber dari: "http//www.infosihat.gov.my"


Ini adalah segmen ilmu yang ada di akhir novel tulisan DAMYA HANNA -ternyat a cinta.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...