Friday, May 1, 2009


PIZZA QUICK N EASY- Dari koleksi Resipi Diana
Resipi yg mudah, cepat dan sedap. Utk topping boleh diperbagaikn. Doh utk adunan ini blh dapat +14 keping sebesar tapak tangan kita. Kalau nak yg agak besar dan tebal blh dapat dalam +6 keping.

Bahan2nya
3 sudu mkn yis
2 sudu teh gula
2 cawan air suam
5 cawan tepung roti
4 sudu besar minyak zaiton - gunakn minyak jagung
2 sudu teh garam

Cara2nya:
1.Panaskn ketuhar pada suhu 230C. Dlm mangkuk yg sederhana besar,campurkn yis,gula & juga air suam.Ketepikn selama 10min sehingga ia berbuih.
2.Masukkn tepung,garam dan minyak zaitun dan uli sehingga menjadi doh yg lembut & licin. Ketepikn selama 5min.
3.Canai doh diatas papan canai yg ditabur sedikit tepung menjadi bulat.Letakkn doh yg telah dicanai diatas loyang pembakar dan bakar selama 5 min sehingga doh kuning. Keluarkn dan letakkn topping pizza kegemaraan anda.
4.Bakar dlm ketuhar selama 8-12min.

NOTE: Pizza bulat sebesar telapak tangan menggunakn resipi ini dpt 14 keping setiap satu doh timbang 80g.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...