Sunday, May 17, 2009

LAKSA


LAKSA



Salam di tengahari minggu. Ari ni ingat tak nak masak nak gantung periok,semalam tanya my husband nak masak ape? Dia cakap tak masak pun tak ape. Hei senang lah tapi nak makan ape seh? Semalam dah makan KFC. Nazli ape lagi suka lah. Cakap2 ngan my husband lagi, kalau masak laksa ok tak? Tapi dia kene kerje ari besok. Takpe petang nanti balek boleh buat dinner.

So mama apalagi pagi2 on pc gi blog BRO ROZZAN cari lah resepi laksa.Lepas 2 cepat2 gi pasar beli barang2. Balik terus masak. So ini lah hasilnye.

Resipi nye nanti dulu. I will be right back ok..... Ada important mission nak selesai kan dulu.

Bahan2:

300-400gm ikan tenggiri/parang atau lain2 ikan
(kukus ambil isi & lecek halus) mama rebus buang tulang2 blender je
3 batang serai*
2cm lengkuas*
4 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
3 sudu makan kerisik kelapa
400ml santan pekat ( 1 kotak kecil santan kara)
2- 3 cawan air (atau secukupnye)
3 sudu makan(bumbung) rempah ikan
sedikit air asam(mama gunakan asam keping dlm 2-3 keping)
minyak utk menumis/garam/gula secukup rasa

Bahan utk sambal:
20 tangkai lada kering-rendam dgn air panas sehingga kembang tos dan kisar dgn sedikit air dan tambah sedikit garam.

Bahan utk tabur:
Sedikit daun kesum/selasih (mama gunakan daun kesum aje)cuci bersih dan hiris halus.
secukup taugih(bersihkan akarnye cuci bersih dan tos)
2 btg timun-buang kulit & hiris halus
1-1 1/2kg mee laksa-celur dan toskan
fishcake yg dihiris halus (ni mama yg tambah)
4-5 biji limau sambal
1-2 biji bawang besar

Peraturan

Gaul rempah ikan dgn bahan* yg telah dikisar halus, lalu tumis sehingga garing dan naik bau. Masukkan santan pekat dan 2 cawan air, isi ikan dan asam keping. Kacau sekali kala dan dibiarkan sehingga kuah naik minyak. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Bubuh garam/gula mengikut cita rasa masing2

Mama tambahkan fishball dan tahu kering. Ini mengikut cita rasa masing2.

Cara menghidangnye pula. Seperti biasa mee laksa yg telah dicelur letakkan dlm mangkuk. Bubuh kuah baru letakkan harta karun spt timun,taugih( dijerus dgn air panas sekejap aje)fish cake,bawang dan daun kesum.Dan jgn lupa sambal.

Sambal ikut cita rasa masing2. Sambal yg digunakan dlm resepi ini tak pedas sangat. Kalau my husband dia suka sambal belacan yg pedas2 gitu dan limau yg byk biar sedikit masam2. Anyway this is something different. Tak cuba tak tahu hasilnye. Thanks BRO ROZZAN.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...